Jambatan berhampiran Selangor Science Park 2 runtuh


Kejadian dilaporkan berlaku sekitar 1 tengah hari tadi. Lokasi kejadian ialah di Lebuh Raya Elite bersebelahan dengan Selangor Science Park 2. Ia terletak di laluan menuju ke KLIA, Cyberjaya dan Putrajaya.

Jurucakap pihak lebuh raya memberitahu, jambatan itu memang sudah ditutup sejak beberapa bulan lalu dan sudah wujud retakan di jambatan itu sebelum ini dipercayai akibat permukaan tanah yang lembab di kawasan jambatan berkenaan.

Pengguna di laluan berkenaan terpaksa menggunakan lencongan sebelum ini. Setakat ini tiada sebarang laporan kecederaan atau kematian. Pihak media ketika ini sedang berkumpul di lokasi kejadian.


TOK GOMO ~ ini tak der kaitan ngan ultraman berlawan ngan raksasa tau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan