Abe E Berbunga dan lampin ajaib?


Semalam nampaknya Nana dan Pinky lepak lagi dikiosk Gomo Burger Pokdo. Turut sama tumpang menyibuk ialah Abe E Berbunga. Badan dia nampak sedikit berketak2 dan ramping dari biasa. Lalu semua kehairanan dan bertanya, apakah rahsia dia hingga begitu jelas perubahan badannya.

Sambil kembang kempis lubang hidung, Abe E terus memecahkan kebuntuan semua yg bertanya dengan mengatakan dia sekarang ni mengamalkan memakai lampin ajaib. Lampin ajaib ni harganya begitu mahal jugak la tetapi demi utk mengempiskan perutnya yg semakin memboroi itu, dia terpaksa berkorban.

Semasa diawal2 pemakaian dulu, katanya dia selalu jer cirit2 tetapi bila selalu diamalkan, segala kesan sampingan dah pun dapat diatasi. Dan dia menyeru kepada semua lelaki boroi lebih2 lagi kepada Kubi, supaya mengamalkan pemakaian lampin ajaib ini. Kerana bukan sahaja ia dapat membakar lemak diperut, lampin ajaib ini juga boleh membuatkan sipemakainya menjadik lebih rampin dan tonggek dari biasa!!!

TOK GOMO ~ tak pakai pun saya dah tonggek hehehe!! :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan